Di mana-mana sahaja di dunia jika ada lelaki sudah tentu akan ada perempuan. Perempuan dan lelaki sentiasa hidup berpasangan. Dan di dalam hidup berpasangan pasti akan ada pergaduhan . Pergaduhan itu tidak hanya terhad kepada pasangan yang bercinta ataupun yang telah berkahwin.
Pasangan itu mungkin sekali pasangan rakan kongsi peniagaan, atau pasangan membentangkan presentation mahupun apa sahaja yang boleh dijadikan pasangan.
Namun begitu di dalam pergaduhan antara lelaki dan perempuan sebenarnya ada juga ayat yang keluar dari kaum hawa telah mengalahkan ke egoan kaum lelaki. Antaranya
……..
Whatever
Inilah yang susah jika dapat pasangan yang reti bahasa english (tak juga). Perkataan whatever seolah-olah satu perkataan yang memberitahu kaum lelaki bahawa kata-kata kaum lelaki itu adalah betul dan dia salah. Namun begitu perkataan ini sebenarnya memberitahu kaum lelaki kaum wanita adalah betul dan tidak peduli pendapat kaum lelaki .
Lelaki : Saya rasa kita patut pakai baju warna biru
Perempuan : Warna merah lagi sesuai
Lelaki : Warna birukan lebih cerah
Perempuan : Whatever
Lelaki :Awak juga suka warna biru kan?
Perempuan : Whatever
Lelaki : Lain kali kita pakai laa warna merah
Perempuan :Whatever
Contoh di atas hanya contoh yang ringkas, dalam contoh di atas kaum perempuan seolah-olah bersetuju dengan kehendak kaum lelaki namun begitu kaum lelaki tetap cuba memberi perjelasan.
Perkataan whatever juga sama seperti yerlaaa
Ikut suka awak laa
Adoyai! Ini adalah jawapan daripada kaum wanita yang selalu memeningkan kepala lelaki. Tolonglaa faham kami kaum lelaki tidak dapat memahami sepenuhnya kehendak kaum wanita. Ayat ini seolah-olah kaum wanita bersetuju dengan pilihan kaum lelaki namun begitu ayat ini selalunya bermaksud sebaliknya.
Lelaki : Emmm nak makan apa?
Perempuan : Ikut suka awak laa
Lelaki : Saya tak dapat jumpa awak laa malam nh, bz
Perempuan : Ikut suka awak laa
Lelaki : Emm sempena ulang tahun perkahwinan, saya nak bawa awak makan dekat luar
Perempuan :Ikut suka awak laa
Lelaki : Nak pakai baju warna biru atau merah
Perempuan :Ikut suka awak laa
Lelaki : Awek tu lawa laa , nak pasang lagi seorang boleh
Perempuan : Ikut suka awak laa
Seperti contoh di atas , apa sahaja pertanyaan yang diberikan menerima jawapan yang sama. Walaupun jawapan yang sama tetapi ia bermaksud yang berlainan. Contoh yang terakhir tu melampau sikit rasanya.
FINE !
Saya rasa tak perlu nak terang panjang lebar, hakikatnya sudah berada di depan mata. Perkataan inilah yang selalunya membuatkan hati lelaki rasa bersalah. Perkataan ini memberitahu wanita tersebut telah merajuk dan perlukan pujukan dari kaum lelaki.
Lelaki : Baju biru
Perempuan : FINE!
Lelaki : Okaylaa baju merah
Lelaki : Baju biru
Perempuan :FINE!
*Kaum lelaki akan senyap dan tahu kaum wanita telah merajuk
Lelaki :Baju biru
Perempuan :FINE!
Lelaki:FINE!!!!!
Ayat ini selalunya akan membawa ke pergaduhan yang lebih besar, kadang-kadang salah satu pihak perlulah bertolak ansur.
0 makhluk merapu sakan:
:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n: :o: :p: :q: :r: :s: :t:
Post a Comment