Tuesday, January 11, 2011

Suka, Sayang atau Cinta?

Boleh aku cerita sesuatu? Mungkin saudara serta saudari sekalian sudah 'terbiasa' dengar 3 perkataan ini : Suka, Sayang dan Cinta

Memang orang akan cakap yang perkara nh dah basi..tetapi tiap orang ade persepsinya masing2..jadi, ape sebenarnya suka, sayang, cinta nh?




SUKA

'Suka' sebenarnya boleh terbahagi kepada beberapa kategori..suka sebagai kawan..suka cam rapat ngan adik-beradik..suka yang hampir kepada sayang..biasanya kalu suka sebagai kawan masih ada harapan lagi untuk dinaiktarafkan lagi kepada tahap dewa sekiranya hubungan masih lagi muda..biasala..mane ade kejayaan yang datang bergolek..setiap individu mustila meletakkan usaha dalam menaiktaraf suatu relationship..kebiasaannya proses ini tidakla memakan masa yang agak lama sekiranya individu itu pandai bermain dengan kata2..tetapi awas!! jangan hubungan anda terlalu rapat cam siblings..kebiasaannya sekiranya perkara ini berlaku, hubungan yang lebih serius sukar untuk dicapai..tetapi seperti apa yang penulis sebut tadi..terpulang kepada individu..perasaan 'suka' nh memang kita sebagai manusia biasa tak boleh elak..nampak itu,suka itu..nampak ini,suka ini..perasaan 'suka' boleh dikatakan terlalu general dalam suatu hubungan..jadi kalu ade orang yang cakap "saya suka awak", janganla nak perasaan lebih2..penulis boleh juga berkata "saya suka makan nasi"..sepertimana yang kita dapat lihat, penggunaan 'suka' adalah terlalu meluas dan konteksnya kekadang itu terlalu rumit untuk difahami..tetapi sekiranya suka sudah menghampiri kepada sayang, anda merupakan seorang yang amat bertuah..anda mustila pandai dalam mengukuhkan lagi perhubungan anda berdua..sebab tak semustinya suka itu tak boleh bertukar kepada benci..




SAYANG

apa itu 'sayang'? 'sayang' merupakan suatu perasaan yang akan muncul setelah 'suka'..perasaan ini merupakan tahap ke-2 bagi setiap relationship..ketika inila seseorang itu akan mengenali lebih rapat hati budi masing2..kekadang perasaan 'sayang' ini juga mampu membuat seseorang itu menjadi kurang siuman@gila..setiap permintaan yang dipinta orang yang disayangi akan ditunaikan serta-merta..hal sebegini sebenarnya agak bagus tetapi anda perlu memastikan yang anda tidak diperkotak-katikkan serta dipermain-mainkan..pasangan yang boleh dikatakan kurang memahami isi hati pasangan yang lain akan kelihatan seolah-olah mengambil kesempatan atas 'kebaikan' seseorang itu..walaupun kekadang kita tau yang seseorang itu nampak macam mengambil kesempatan, kita tetap berasa bahgia yang amat sekiranya dia meminta pertolongan kita dan kita dapat membantu..ketika tahap inila kekadang masalah akan muncul seperti cendawan selepas ujan..pabila melihat seseorang yang kita sayang lepak dengan kawan yang berlainan jantina..perasaan yang terbit akan bercampur-gaul..MARAH, KECEWA, SAKIT HATI..macam2 akan kita rasa..walau bagaimanapun perasaan yang timbul tidak akan bertahan lama..hal ini kerana waktu inila kita mahu beri yang terbaik kepada si dia..nasihat penulis, semua terpulang kepada individu masing2 dalam mengatasi masalah yang timbul..call ke..jumpa ke..at least try to explain the truth to her/him..maybe dia akan faham perkara yang sebenar..tahap ini merupakan satu turning point dalam suatu relationship..




CINTA

Cinta..tahap ke-3 dalam relationship..usaha2 yang telah anda kerjakan telah membuahkan hasil..anda tidak perlu lagi bersusah-payah dalam menawan hati si dia kerana si dia juga telah memberikan komitmennya terhadap anda..ini adalah kelebihan anda..hal ini kerana perasaan 'cinta' yang terbit dari hati seseorang insan sukar diatasi..sukar dimanipulasi..sepertimana contoh penulis yang dapat lihat..sekiranya ada sorang mamat yang bertanya kepada seseorang pompuan "awak nh awek kn?" dengan niat untuk meng'usha'..sudah pasti pompuan itu akan me'report' kepada buah hatinya..dan selepas itu musti beliau akan mencari mamat tersebut dengan niat memberi hadiah iaitu tumbukan..paling kurang beri warning "jangan main2 awek orang tau"..dengan kecut-perut mamat itu akan mengundurkan diri..sekiranya perasaan cinta yang wujud merupakan sesuatu yang ikhlas,ia akan berkekalan hingga ke akhir hayat..cinta sebenarnya suatu yang amat indah jika kita selidiki dan selami dengan lebih mendalam..perasaan ini mampu utuh sampai bila-bila..kita dapat lihat pasangan yang boleh dikatakan berumur setia terhadap pasangan masing2 dan tidak bosan melayan kerenah boleh dikatakan setiap hari..cinta itu tidak membosankan..semoga pasangan2 yang dilamun cinta menjejak kaki ke atas pelamin..bolehla penulis makan nasi minyak nanti..kekeke..bukan apa..kalu boleh janganla couple lme2..nanti berlaku maksiat..kena tangkap..mak bapak yang malu..diri sendiri memang la xtau malu da..




CINTA PANDANG PERTAMA

cinta pandang pertama?okaih..hal ini sebenarnya amat jarang berlaku..masakan boleh jatuh cinta terus tanpa kenali hati budi masing2?kebiasaannya apa yang pertama dapat kita lihat pada seseorang adalah wajahnya..idung senget ke..mata bulat ke..kita lebih tertarik kepada zahirnya sahaja..muka cantik xsemustinya baik..muka buruk xsmustinya jahat..tetapi penulis tidak menafikan yang cinta pandang pertama boleh berlaku..kita tengok tingkah lakunya sopan, kita tertarik..kita tengok wajahnya ayu, kita tertarik..jadi kita tertarik dengan segala aspek zahir dan batinnya..itula cinta yang sebenarnya..



adoyai..abes gak menulis dalam satu malam..lenguh tangan penulis..tetapi apa motif sebenar penulis topik ini? xde pape..hehehe..semua yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman penulis selama ini..setakat nh dah ramai kot yang penulis suka..tetapi hanya sorang je yang penulis sayang..so boys and girls, please don't try this at home..in toilet ok..


p/s: sori xde gambar pape..malas nk uplod..ngeh3




3 comments:

  1. bapak ah...first time duk jerman dah ada cinta cinta..ha3

    ReplyDelete
  2. hahakk..saje je wei..xde pape nk wat..jd ak kongsi r pengalaman ckit~

    ReplyDelete
  3. weh...aku dapat university sekali ngan ibad haris, anip,golok,billy dan musuh ko..ha3

    ReplyDelete