Friday, February 1, 2013

Politik macam taik

Bodoh.

Itu saja apa yang aku dapat terjemahkan dengan isu politik di Malaysia. Melayu memang bodoh. Aku bukan nak cakap yang aku pro-kerajaan ataupun anti-kerajaan. Tapi aku nak cakap yang dua-dua belah pihak bodoh semua.

Aku bukan nak cakap yang ahli Parlimen yang bodoh. Tapi ahli-ahli parti politik tersebut. Dari pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Pihak yang sebelah kerajaan mengata, mengutuk pihak pembangkang. Samalah dengan pembangkang, mencerca kerajaan. Apa yang kita dapat dengan mencerca, mencaci satu sama lain? Dapat dosa adalah. Dalam Islam (betulkan aku jika tersilap) setahu aku tiada istilah diharuskan mencaci-cerca pemerintah walaupun sezalim manapun. Yang aku tahu, wajib kita menjatuhkan pemerintah itu, bukan dengan mencaci.


Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
لا تسبوا الريح، وإذا رأيتم ما تكرهون فقولوا :
Janganlah kamu mencaci maki angin. Apabila kamu melihat suatu hal yang tidak menyenangkan, maka maka berdoalah :
اللهم إنا نسألك من خير هذه الريح، وخير ما فيها، وخير ما أمرت، ونعوذ بك من شر هذه الريح، وشر ما فيها، وشر ما أمرت به ” صححه الترمذي.
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan angin ini, dan kebaikan apa yang ada didalamnya, dan kebaikan yang untuknya Kau perintahkan ia, dan kami berlindung kepadaMu dari keburukan angin ini, dan keburukan yang ada didalamnya, dan keburukan yang untuknya Kau perintahkan ia. ” [HR Tarmidzi]


Aku tidak menyangkal yang kerajaan kita memang tidak terlepas dengan dosa-dosa mereka seperti rasuah. Tapi jangan haraplah walaupun Pakatan Rakyat menguasai Parlimen sekalipun, rasuah itu akan terhapus serta-merta. Orang kita memang tak boleh tengok duit. Mesti ada juga yang selit-menyelit duit dalam poket. Cuba tengok syarikat-syarikat besar yang dapat kontrak berbillion ringgit. Dapat kontrak free² macam itu saja? Jangan haraplah. Mesti ada hulur sikit² pada ahli Dewan Parlimen sebab nak dapatkan kontrak itu. Mentaliti orang memang kita susah nak ubah.

Kerajaan pun dua kali lima. Kebebasan suara konon. Orang komen sikit pasal kerajaan tak telus ataupun macam-macam lagi sebagai nasihat, terus tahan ISA, blacklist nama terus. Dengan isu kapal selam, Altantuyaa, cincin Mak Cik Rosmah. Pakatan Rakyat dengan isu DAI, isu air percuma di Selangor. Dua² sama saja.

Yang aku cakap rakyat Malaysia undi tak pakai otak adalah sebab mereka mengundi calon berdasarkan parti macam kes Ibrahim Ali yang bertanding dengan tiket PAS dan lepas itu keluar sebagai calon bebas. Bukan berdasarkan kredibiliti calon tersebut. Mereka seolah-olah tidak kisah jikalau ahli dewan dari kawasan mereka menjadi tunggul kayu, yang cuma mengetuk meja di dalam dewan Parlimen. Bodoh. Hanya mengharapkan parti yang disokong menang. Lepas PRU, mulalah bising. Kawasan mereka tidak maju, masalah air sudah hampir 30 tahun masih belum diselesaikan. Dah kamu mengundi tunggul kayu, mengapa nak kecoh? Salah siapa?

Aku menyokong 100% sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, sebab aku tahu yang PAS memang ada misi dan visi yang telus, membentuk satu kerajaan Islam yang utuh. Tapi aku rasa, PAS agak sukar untuk menguasai parlimen dengan calon mereka sahaja dengan masyarakat Malaysia kini. Bukan sebab berbeza agama, tapi disebabkan pegangan agama kita. Nama dalam kad pengenalan Islam, tapi tak mengamalkan budaya hidup orang Islam, mengikut sekularisme. Kita tengok contoh di Kelantan, orang Cina dan India pun menyokong PAS di sana sebab mereka tahu yang kerajaan Islam di sana mantap. Tapi nak harapkan orang yang dah lama ikut sekularisme, memang susah nak ubah mentaliti mereka sebab sekularisme dah lama bertapak di bumi Malaysia. Aku rasa, sekiranya semua orang Islam mengundi PAS, konfirm PAS pegang Parlimen. Tak termasuk orang bukan Islam yang mengudi PAS lagi. Tetapi kenalah pastikan yang calon mereka menjalankan tanggungjawab mereka.

Hajat aku memang aku tak nak pergi mengundi langsung. Dua² pihak macam sampah. Tapi lepas abang aku cakap, hukum memilih pemerintah boleh jatuh kepada wajib dalam memilih pemerintah yang adil, aku terkesima. Sebelum aku mengundi, aku nak tengok sejauh mana calon² yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak. Ok ataupun sampah. Aku tak kisah dari parti mana sekalipun. Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Yang penting mereka mampu menjalankan tugas dengan telus dan saksama.

Saturday, October 29, 2011

'Butthurt' itu sakit

Selesai sudah perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukan dari Terengganu dan Negeri Sembilan dengan menyaksikan kemenangan yang berpihak kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 1-2.

Selepas berakhirnya perlawanan tersebut, penulis terus membuka fesbuk untuk mengetahui berita-berita terkini. Yang mengembirakan..sedikit. Yang menyakitkan hati..banyak. Tak sangka pula penyokong-penyokong dari Kelantan merasa amat 'BUTTHURT' dengan kemenangan pasukan Terengganu ke atas pasukan 'Happy Warrior' mereka sebelum ini.









Bagi mereka semua, kekalahan pasukan Terengganu amatlah menyenangkan hati mereka walaupun pasukan mereka kandas pada peringkat suku akhir setelah berdepan dengan pasukan Terengganu. Diorang pula yang bersorak gembira setelah pasukan Negeri Sembilan menang macam pasukan TRW yang menang piala tersebut. Yang peliknya, siap post 'khas utk pasukan yg kaloh... sila duduk diam2... ehehehe...'. Pasukan korang ke yang menang? Nampak sangat sebelum ini penyokong Kijang sebelum ini amat butthurt setelah tewas dengan pasukan Terengganu. Nak kata bodoh, memang macam bodoh penulis tengok. At least pasukan Terengganu mampu mara ke final dan bukanlah macam pasukan Kijang mereka yang tersangkut pada suku akhir setelah KALAH DENGAN PASUKAN TERENGGANU.

"Yang menang Negeri Sembilan, bukan Kelantan."


Wednesday, October 5, 2011

Nostalgia Bulan Madu


Oh..nostalgik betul masa tengok kereta ni kat Bremen. Rupa-rupanya banyak juga la kereta buatan Malaysia kat sini. Setakat ni dah 4buah kereta Proton penulis nampak kat Germany. Ni yang rasa homesick ni =.="

Saturday, July 16, 2011

Malaysians are patriotic?

Adakah rakyat Malaysia boleh dikira sebagai patriotik? Satu persoalan yang tidak mampu dijawab oleh orang-orang kebanyakan. Kalau soalan ini ditanya secara random, semestinya ramai yang akan menjawab, "aku Malaysian dowh..ofkos aku patriotik".

Tapi apa yang korang buat, yang mampu nobatkan diri korang Malaysian?

Contoh senang, game Malaysia vs Arsenal hari tu? Cuba tengok gambar ini..





Still nak panggil korang Malaysian? Main kat Bukit Jalil tapi macam main kat Emirates. Memang la dengar korang jerit 'Malaysia, Malaysia'. Tapi tengok la, satu stadium merah. Berapa kerat je yang pakai warna kuning or biru. Sama la macam game dengan Liverpool hari ni. Fanatik pon fanatik jugalah. Tapi agak-agaklah. Pemain-pemain kita perlukan sokongan kita semua. Kalau dah semua pakai merah, tak ke cuak player kita tengok.

Satu lagi, patriotik sangat ke kalau korang merusuh tengah-tengah bandar kononnya nak hapuskan corruption dalam kerajaan? Penulis tidak memihak kepada mana-mana organisasi, Bersih mahupun Government. Dua-dua sama saja penulis tengok. Sama-sama bertindak tanpa menggunakan anugerah yang Tuhan berikan, akal fikiran. Macam manalah Malaysia nak maju kalau rakyat dan kerajaan tidak bersefahaman? Lagipun budaya merusuh di jalanan ini amatlah jauh dari budaya kita, budaya Malaysia. Takkanlah korang nak jadi macam peristiwa 13 Mei 1969?




Kalau korang nak baca lagi pasal Bersih 2.0 dengan Kerajaan Malaysia, klik link ini



Apa-apapun,ingatlah asal-usul keturunan kita.

Tuesday, June 7, 2011


in English:


So still, that each of us knew, that here is
forever, forever and for life, and it was
so still, that each of us felt,
there’s not a word
which could ever describe this feeling.

So still that all clocks stopped
yes, time came to a standstill,
you left so still and lost
you left so still and lost

I’ve heard so much,
but I still can’t get it,
this is the reason,
why I can’t sleep at nights
when I’m writing thousands songs about missing,
that doesn’t already mean, that I understand
why this feeling stays forever.

So loud, the hours after the crash when I had
to grasp and understand all that, it was
so loud, that all we used to think,
brought us only emptiness,
it was so loud and abandoned here,
when silence lived with us instead of you.

I’ve heard so much,
but I still can’t get it,
this is the reason,
why I can’t sleep at nights
when I’m writing thousands songs about missing,
that doesn’t already mean, that I understand
that doesn’t mean, that I understand.

So still, even though I miss you every day
and, wherever you are right now
you’re showing me,
that silence has become your friend.

I’ve heard so much,
but I still can’t get it,
this is the reason,
why I can’t sleep at nights
when I’m writing thousands songs about missing,
that doesn’t already mean, that I understand
that doesn’t mean, that I understand.

I’ve heard so much,
but I still can’t get it,
this is the reason,
why I can’t sleep at nights
when I’m writing thousands songs about missing,
that doesn’t already mean, that I understand
why this feeling stays forever.

Saturday, May 21, 2011

A Message

My song is love
Love to the loveless shown
And it goes up
You don't have to be alone
Your heavy heart
Is made of stone
And it's so hard to see you clearly
You don't have to be on your own
You don't have to be on your own


And I'm not gonna take it back
And I'm not gonna say I don't mean that
You're the target that I'm aiming at
Got to get that message home


My song is love
My song is love, unknown
But I'm on fire for you, clearly
You don't have to be alone
You don't have to be on your own


And I'm not gonna take it back
And I'm not gonna say I don't mean that
You're the target that I'm aiming at
And I'm nothing on my own
Got to get that message home


And I'm not gonna stand and wait
Not gonna leave it until it's much too late
On a platform I'm gonna stand and say
That I'm nothing on my own
And I love you, please come home


My song is love, is love unknown
And I've got to get that message home



Tuesday, May 17, 2011

Dinner



„Why don't you stop trying to control everything in the known universe. It's dinner. Have a little faith that it will all work out”





 -Declan O'Callaghan, Leap Year

Saturday, May 14, 2011

Eternal Sunshine of the Spotless Mind

„Why do I fall in love with every woman I see who shows me the least bit of attention?”-Joel-

Friday, May 6, 2011

Gurau senda

kalau nak gurau pon agak-agak la..kalau dah sampai tahap orang sakit hati, baik ko berenti..


p/s : search 'gurau' kt google..tetibe keluar gambar nh =.="

Thursday, May 5, 2011

Secara langsung

Mulai semalam, kebanyakan post akan dipost melalui N8..Oleh sebab itu, most of the post akan menjadi sependek yang mungkin..harap maklum..


p/s: secara langsung melalui N8..kredit to mrpiratz.com

Wednesday, May 4, 2011

Rehat

Waktu rehat selepas kelas physik..santai (via N8)

Motosikal elektrik


Physik..menghabiskan masa selama 1jam setengah membina benda alah ni..buang masa je hari nh..



p/s: last2 xgerak jugak =.=" (via N8)

Tuesday, May 3, 2011

Mari kita ber'molome'


Cubaan-cubaan suara..1 2..tatkala mula bermanja-manja dengan molome..follow penulis kat molo.me/aku_homer30.. :)


p/s: ini bukan penulis..muahahaha (via N8)

Monday, March 7, 2011

Backpackers' travel


Weekend yang panjang (Sabtu+Ahad+Isnin) wajar diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah..oleh sebab itu, jom kita jalan-jalan ke Amsterdam!

Perjalanan ke Amsterdam dari Köln mengambil masa selama ±2jam dengan menaiki ICE..setelah sampai kami terus mencari hotel untuk menginap untuk selama 2malam..malam pertama dah jumpa ramai Melayu kat sana..


Sampai di Amsterdam buat kali pertama dan macam pro je kat sana..


tumbang akibat kepenatan mencari hotel last2 minute..


First day: melawat muzium2 yang femes..


berenti makan..sori, penulis xbayar lagi =.="


2nd day: stadium tour at Amsterdam ArenA


In press room in the stadium..


Canal cruise yang amat 'menarik'..sampai tertidor..

Nemo's museum..'everyone is forbidden NOT to touch"


Tunggu train untuk balik ke Köln dan sampai di sana pada pukul 11±mlm




p/s: banyak lagi gambar yang menarik sebenarnya..tetapi paham-pahamla..Amsterdam la katakan :P

Wednesday, March 2, 2011

'Karneval'


Waduh2..kok lame xupdate blog..sibuk2..sampai ketiadaan masa..walaupun sebenarnya dah kering idea nak tulis apa =.="


Okaih..masuk bulan tiga..dah hampir tiga bulan penulis menetap di sini..macam-macam dah berlaku kat sini..tapi yang paling femes sekarang nh...KARNEVAL!!

Apa sebenarnya 'karneval' nh?
- Karneval merupakan satu perayaan jalanan yang terbesar kat dunia sempena abis bulan pose dorang..


Hahakk..gila bapak la dorang sambut benda nh..cam nak gila penulis tengok..tengok kanan..togak botol..tengok kiri..togak botol..buka pose kononnya..sebab tu semua orang nampak macam 'geli mat'..dengan tidak memerlukan kebolehan membaca , jom tengok sajian yang terhidang di depan mata..

"Geli mat-geli mat" sedang berkumpul sebelum setat majlis

oh oh..tidakku sangka ada juga 'pak arab' yang togak botol


dorang ber'kostum' cam tak ingat dunia..nampak 'minah' yang rambut putih nh?
kekeke..'awek' kiut..


ada juga "geli mats" yang bawak senapang pergi karneval


dengan hajat tak mau ketinggalan..abes 10€ beli benda alah nh


bukan nak tunjuk yang tengah main instrument..tapi sila lihat "geli mat's nerds" yang menari



dalam kelas pun kami belajar menjadi 'geli mat' yang sejati


menari sebagai 'geli mat'..video pendek je kot..tetiba nampak saiful..terus penulis upload~




p/s: kami tak mabuk..minta maaf =.="

Sunday, February 13, 2011

Jom belajar 'beli-kari'


'Beli-kari' ataupun berdikari membawa maksud berdiri atas kaki sendiri..tetapi bukan ke kita semua literally berdiri atas kaki sendiri?


Apa yang dimaksudkan di sini ialah membuat sesuatu tanpa memerlukan sebarang bantuan daripada sesiapa..


Semenjak dua menjak duduk kat tempat orang 'terpaksa'lah penulis bergantung kepada diri sendiri..dah tak boleh duduk lepak2 tunggu makanan masak..so apa kita nak buat?



Kita masak sendiri =)


Proses memasak sedang berjalan dengan lancar (ayam masak madu)



Inilah hasilnya..sedap hingga menjilat ibu jari kaki




p/s: Kesimpulannya, tak perlulah orang di rumah risau..kami tidak kelaparan di sini..malah semakin berisi =.="

Saturday, February 12, 2011

Aku rasa macam nak mencarut


Apa dia?

MENCARUT pon ada main rasa2 jugak ke?

Sememangnya mencarut tidak pernah lekang dari mulut seseorang..ke mana-mana saja kita pergi mesti kita dengar seseorang mencarut..f**k, s**t, s*al dan macam-macam lagi..


Tetapi kenapa post ini ber'title' sedemikian?

Hal ini kerana banyak perkara-perkara yang tidak disenangi telah, sedang dan akan berlaku kepada diri penulis..


BUT BEWARE!!

(Pretty please) don't make me mad! Or I will turn to some badass!




p/s: Totally pissed off!!


Thursday, February 10, 2011

Kelas O Kelas

Adoyai..at last..da nak abes gak kelas untuk week nh..bosan giler babeng kelas minggu..kenapa?



itu yang kita tak tahu..


actually minggu nh da stat kelas-kelas MATH, PHYSICS and CHEMISTRY!!!

bosan giler kelas specifically kelas physics yang first..YA RABBI..lama giler rasa kelas hari tu..3jam rasa macam dah seharian duduk dalam kelas..finally penulis gak rasa pening hari tu..nasib baik kelas jerman petang tu tak la hevi sangat..layan je..


but boys and girl, pape pon layan je video nh


actually nak upload video orang buat presentation..tapi saiznya gedabak la pulak =.="



enjoy je..mabeles!!

Friday, January 28, 2011

Jalan-jalan, cari pasal




Hari ini hari Jumaat..hari Jumaat kita kena semayang Jumaat..jadi apa kaitannya hari Jumaat dengan post kali nh? xde pape pon sebenarnya..just hari nh keluar jalan-jalan sekitar Köln (Cologne) ataupon specifically Kölner Dom..



Apa yang ingin diceritakan sebenarnya?


ini Kölner Dom..waktu malam lagi cantik~



diperkotak-katik oleh saudara Muiz yang kiut~



berkumpul sebelum jalan-jalan..mana satu penulis?



tengok apa tu =P



malu siot~



hahakk..mamat nh memang femes..nama dia safuan~



last2 pergi beli baju..murah sial..tak sampai 3euro~


naik Dom..1euro


permandangan dari menara Dom~





p/s : Baru dapat post hari nh..internet lembab cam siput =.="

Wednesday, January 26, 2011

Hari yang produktif

Ontah kenapa penulis rasa hari nh cam hari yang paling produktif bagi penulis..dalam kelas german tadi pelik plak tetibe je kena jawab soalan banyak hari nh..penulis pon pelik gak la..pelik2 tapi layan je la..da orang suruh jawab..kita jawab je la..salah betul lain cerita la..keke


Hari nh juga Encik Khairul Nizam, Konsulat Jeneral Malaysia (waa..cam askar je bunyi) datang 'melawat' kitorang kat CDC nh..punyala best dapat jumpa orang Malaysia selain kitorang nh..dapat gak la gelak2 sikit hari nh..keke


Abes je sesi dengan En. Khairul Nizam, penulis pon pergi semayang kat masjid dekat2 tu gak..nak pegi semayang tetibe snow pon turun..waa..kali nh lebat sikit dari hari tu..tapi sekejap juga..abes penulis semayang, sambil2 call seseorang, snow pon da mula berenti..dan walaupun sekejap je snow hari nh, penulis rasa happy sangat sebab dapat gak call dia lepas hari tu..baru topup kot pagi tadi..asyik tertangguh je nak call..at least dapat cakap dengan dia =')





dan hari nh merupakan hari yang paling produktif buat penulis....setakat nh



p/s: xde pape nak post sebenarnya..saja =.="