Itu saja apa yang aku dapat terjemahkan dengan isu politik di Malaysia. Melayu memang bodoh. Aku bukan nak cakap yang aku pro-kerajaan ataupun anti-kerajaan. Tapi aku nak cakap yang dua-dua belah pihak bodoh semua.
Aku bukan nak cakap yang ahli Parlimen yang bodoh. Tapi ahli-ahli parti politik tersebut. Dari pihak Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Pihak yang sebelah kerajaan mengata, mengutuk pihak pembangkang. Samalah dengan pembangkang, mencerca kerajaan. Apa yang kita dapat dengan mencerca, mencaci satu sama lain? Dapat dosa adalah. Dalam Islam (betulkan aku jika tersilap) setahu aku tiada istilah diharuskan mencaci-cerca pemerintah walaupun sezalim manapun. Yang aku tahu, wajib kita menjatuhkan pemerintah itu, bukan dengan mencaci.
Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :
لا تسبوا الريح، وإذا رأيتم ما تكرهون فقولوا :
“Janganlah kamu mencaci maki angin. Apabila kamu melihat suatu hal yang tidak menyenangkan, maka maka berdoalah :
اللهم إنا نسألك من خير هذه الريح، وخير ما فيها، وخير ما أمرت، ونعوذ بك من شر هذه الريح، وشر ما فيها، وشر ما أمرت به ” صححه الترمذي.
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu kebaikan angin ini, dan kebaikan apa yang ada didalamnya, dan kebaikan yang untuknya Kau perintahkan ia, dan kami berlindung kepadaMu dari keburukan angin ini, dan keburukan yang ada didalamnya, dan keburukan yang untuknya Kau perintahkan ia. ” [HR Tarmidzi]
Aku tidak menyangkal yang kerajaan kita memang tidak terlepas dengan dosa-dosa mereka seperti rasuah. Tapi jangan haraplah walaupun Pakatan Rakyat menguasai Parlimen sekalipun, rasuah itu akan terhapus serta-merta. Orang kita memang tak boleh tengok duit. Mesti ada juga yang selit-menyelit duit dalam poket. Cuba tengok syarikat-syarikat besar yang dapat kontrak berbillion ringgit. Dapat kontrak free² macam itu saja? Jangan haraplah. Mesti ada hulur sikit² pada ahli Dewan Parlimen sebab nak dapatkan kontrak itu. Mentaliti orang memang kita susah nak ubah.
Kerajaan pun dua kali lima. Kebebasan suara konon. Orang komen sikit pasal kerajaan tak telus ataupun macam-macam lagi sebagai nasihat, terus tahan ISA, blacklist nama terus. Dengan isu kapal selam, Altantuyaa, cincin Mak Cik Rosmah. Pakatan Rakyat dengan isu DAI, isu air percuma di Selangor. Dua² sama saja.
Yang aku cakap rakyat Malaysia undi tak pakai otak adalah sebab mereka mengundi calon berdasarkan parti macam kes Ibrahim Ali yang bertanding dengan tiket PAS dan lepas itu keluar sebagai calon bebas. Bukan berdasarkan kredibiliti calon tersebut. Mereka seolah-olah tidak kisah jikalau ahli dewan dari kawasan mereka menjadi tunggul kayu, yang cuma mengetuk meja di dalam dewan Parlimen. Bodoh. Hanya mengharapkan parti yang disokong menang. Lepas PRU, mulalah bising. Kawasan mereka tidak maju, masalah air sudah hampir 30 tahun masih belum diselesaikan. Dah kamu mengundi tunggul kayu, mengapa nak kecoh? Salah siapa?
Aku menyokong 100% sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, sebab aku tahu yang PAS memang ada misi dan visi yang telus, membentuk satu kerajaan Islam yang utuh. Tapi aku rasa, PAS agak sukar untuk menguasai parlimen dengan calon mereka sahaja dengan masyarakat Malaysia kini. Bukan sebab berbeza agama, tapi disebabkan pegangan agama kita. Nama dalam kad pengenalan Islam, tapi tak mengamalkan budaya hidup orang Islam, mengikut sekularisme. Kita tengok contoh di Kelantan, orang Cina dan India pun menyokong PAS di sana sebab mereka tahu yang kerajaan Islam di sana mantap. Tapi nak harapkan orang yang dah lama ikut sekularisme, memang susah nak ubah mentaliti mereka sebab sekularisme dah lama bertapak di bumi Malaysia. Aku rasa, sekiranya semua orang Islam mengundi PAS, konfirm PAS pegang Parlimen. Tak termasuk orang bukan Islam yang mengudi PAS lagi. Tetapi kenalah pastikan yang calon mereka menjalankan tanggungjawab mereka.
Hajat aku memang aku tak nak pergi mengundi langsung. Dua² pihak macam sampah. Tapi lepas abang aku cakap, hukum memilih pemerintah boleh jatuh kepada wajib dalam memilih pemerintah yang adil, aku terkesima. Sebelum aku mengundi, aku nak tengok sejauh mana calon² yang ditawarkan oleh kedua-dua belah pihak. Ok ataupun sampah. Aku tak kisah dari parti mana sekalipun. Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Yang penting mereka mampu menjalankan tugas dengan telus dan saksama.